12.3.2013 - Majlis Santai KASIH bersama Wanita Parlimen
Selayang sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia di adakan di Pejabat Adun Kuang,
Selangor. Bacaan Yassin dipimpin oleh Pn Noriah Samsudin dan ustazah Nor Hitayah
Tahir . KASIH telah menyumbangkan bantuan kewangan dan barangan keperluan dapur
kepada 60 orang warga emas dan orang yang kurang berkemampuan. Acara anugerah
tokoh wanita Parlimen Selayang dan pemotongan kek adalah lambang simbolik
penghormatan kepada wanita serta setangkai bunga ros menandakan kasih sentiasa
semarah di setiap dada wanita yang berkorban untuk bangsa dan negara. Terima
kasih kami kepada YB Tuan Abdul Shukur Hj Idus bersama isteri Yang Mulia Raja
Norashikin Raja Tauran yang memberikan kerjasama menjayakan majlis ini dengan
meriah sekali.
No comments:
Post a Comment