Sebagai tanda simpati kepada masyarakat Jepun yang sedang menghadapi bencana kesan daripada Tsunami dan gempa bumi baru-baru ini, Kasih telah menyampaikan bantuan sumbangan sebanyak RM10,000 di Majlis Sumbangan yang diadakan oleh BAKTI pada 31hb. Mac 2011 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, Kuala Lumpur. H. E Masahiko HORIE, Duta Jepun ke Malaysia telah hadir bagi menerima sumbangan tersebut bagi pihak rakyat Jepun.