1. Logo bagi Pertubuhan “Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor” ini tertumpu pada nama ringkas huruf “KASIH” berwarna hitam dan di bawah perkataan KASIH ini tertera perkataan “badan amal Selangor”. Pada huruf KASIH ini mengandungi sekuntum bunga lima kelopak berwarna putih dan kuning yang terdapat pada titik huruf “I” manakala perkataan KASIH ini pula dikelilingi oleh sebentuk hati berwarna ungu muda yang lembut.
2. Perkataan KASIH diatas perkataan “Badan Amal Selangor” melambangkan komitmen dan kesungguhan pertubuhan ini dan mengutamakan perhatian serta perasaan kasih dalam menjalankan kegiatan-kegiatan amalnya.
3. Bunga berkelopak lima dan berwarna putih melambangkan keikhlasan serta keprihatinan ahli-ahli Pertubuhan dalam memberikan khidmat bakti. Manakala warna kuning pada tompok tengah bunga melambangkan kesepakatan dan perpaduan ahli-ahli dari pelbagai latarbelakang.
4. Bentuk hati berwarna ungu muda melambangkan rasa belas ikhsan, kasih sayang dan kemesraan yang tulus ikhlas dan lahir dari nurani anggota-anggotanya.