Matlamat Dan Keahlian KASIH

Matlamat-Matlamat KASIH :

1. Mengenal dan mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli.

2. Berfungsi sebagai sebuah pertubuhan amal dan kebajikan yang prihatin terhadap masyarakat Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan, serta, dengan kebenaran dari Menteri Kewangan terlebih dahiulu, mana-mana pihak yang kurang bernasib baik di luar Negara.

3. Mengembeling tenaga serta daya usaha ahli-ahli untuk membantu golongan yang memerlukan perhatian.

4. Mengemukakan pendapat kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu isu yang berhubungkait dengan kebajikan.

5. Membeli (dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri), menerima, menjual, menggadai, memajak, menyewa, menukar hakmilik, menyerah, memaju atau membuat pelbagai urusan hartanah untuk kegunaan Pertubuhan selaras dengan tujuannya.

6. Mengadakan kegiatan-kegiatan amal dan kebajikan berdasarkan kepada tujuan serta cita-cita KASIH yang difikirkan wajar oleh Jawatankuasa Tadbir.

7. Menggunakan kewangan dari tabung seperti yang tersebut di atas untuk membiayai aktiviti-aktiviti amal serta disumbangkan kepada pihak-pihak yang kurang bernasib baik.

8. Menjalankan program-program untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli dalam apa jua bidang yang difikirkan sesuai.

KEAHLIAN

1. Keahlian KASIH terbuka kepada dua jenis iaitu;

1. Ahli Biasa

2. Ahli Bersekutu

Ahli Biasa

1. Keahlian sebagai Ahli Biasa KASIH ini terbuka hanya kepada isteri pertama

2- Menteri Besar Selangor.

3- Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor.

4- Ahli Dewan Negeri Selangor.

5- Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen Negeri Selangor.

6- Ahli Dewan Negara bagi Negeri Selangor.

7- Ketua-ketua Parti Komponen Barisan Nasional bagi setiap kawasan Parlimen Negeri Selangor.

8- Bekas penjawat-penjawat seperti yang dinyatakan di atas.

9- bekas Ahli Biasa Badan Amal dan Kebajikan Isteri Negeri Selangor (BALKIS) sebelum penubuhan KASIH,

TERTAKLUK kepada syarat sentiasa bahawa kesemua penjawat-penjawat tersebut hendaklah merupakan penjawat atau wakil dari parti komponen Barisan Nasional.


Ahli Bersekutu

(a) Keahlian sebagai Ahli Bersekutu ini hanya terbuka kepada isteri pertama :-

1. Yang DiPertua/Speaker Dewan Negeri Selangor,

2. Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor.

3. Orang-orang persaorangan yang boleh menyumbang kepada matlamat KASIH seperti yang difikirkan sesuai dan dijemput menjadi Ahli Bersekutu oleh Jawatankuasa Tadbir.

4. Bekas Ahli Bersekutu Badan Amal dan Kebajikan Isteri Negeri Selangor (BALKIS) sebelum penubuhan KASIH.