Wednesday, August 17, 2011

Program Penghayatan Ramadhan

Pada 13hb Ogos 2011, KASIH dengan kerjasama Per Wanita UMNO Selangor dan UMNO bahagian Ampang telah mengadakan Program Penghayatan Ramadhan yang telah diadakan di Surau Lembah Jaya Utara, Ampang. Pengisian program ini adalah Solat Sunat Tasbih dan Penyampaian sumbangan kepada 40 orang penerima. Dato' Ismail Kijo iaitu Penyelaras UMNO bahagian Ampang telah sudi hadir menyampaikan sumbangan kepada penerima.