Friday, August 17, 2012

MAAL KACAU DODOL KASIH

11.8.2012 - Ihya Ramadhan Al Mubarak - Maal Kacau Dodol KASIH bersama Dendang Anak telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Noh Omar bersama isteri Prof. Datin Seri Dr. Asihah Salleh di perkarangan rumah no. 28. Lorong Mahkota Impian 2/12, Puncak Alam, Selangor. Program ini serikan dengan dendangan lagu-lagu patriotik melayu disamping mengacau dodol sebanyak 3 kawah. KASIH telah memberi sumbangan RM 50.00 kepada 150 warga Dendang Anak, sementara kaum ibu mendapat sepasang kain baju kurung dan kaum bapanya pula sehelai kain pelikat untuk menyerikan hari lebaran yang akan tiba tidak lama lagi. Terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang sudi hadir iaitu Dato' Ahmad Nawawi Bin M.Zin, Dato' Jaei bin Ismail untuk sama-sama menceriakan program tersebut.








KASIH RAMADHAN 2012

 9.8.2012 - Program KASIH Ramadhan di Dewan Dato' Seri Dr. Haji Abu Hassan, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor dirasmikan olih Y.Bhg. Prof Datin Seri Dr. Asihah Salleh. Majlis ini dihadiri oleh OKU dari 4 PDK iaitu PDK Seri Cahaya, PDK Saujana, PDK Tanjong Karang dan PDK Kuala Selangor yang menerima baju dan duit raya serta barangan berupa makanan. KASIH juga tidak lupa memberi sumbangan RM 100.00 dan barang keperluan harian dapur kepada 280 orang kurang berkemampuan dari 56 kawasan DUN Negeri Selangor. Terima kasih kepada Datin Noraini bt Hj Abd Hamid yang sudi menjadi tuan rumah bersama suami YB. Dato' Hj. Amiruddin Setro Ketua Bahagian Kuala Selangor. Tidak lupa juga terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang turut serta menyerikan dan menyokong program tersebut.








Thursday, August 16, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI



6/8/2012 (Isnin) -Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri untuk Golongan Orang kelainan Upaya OKU di Mydin Usj pada 6hb Ogos 2012 yang telah dirasmikan oleh YABhg Toh Puan Dato' Seri Dr. Aishah Ong, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan BAKTI . Program ini diadakan untuk meraikan golongan OKU terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Seramai 237 orang OKU dari 7 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor hadir bagi menerima sumbangan dari Program Semai Bakti.









Friday, August 3, 2012

IHYA RAMADHAN 2012

28.7.2012 - Ihya Ramadhan KASIH Selangor bertemakan "Semulia-mulia sedekah adalah sedekah di Bulan Ramadhan" (Al-Hadith) di adakan di Tingkat 7, Bangunan UMNO Selangor. Pengisian majlis dengan solat dhuha, tasbih, hajat, tazkirah dan tahlil dibimbing oleh penceramah bebas Ustazah Rosnah bt Yasis. Bacaa tahlil khusus untuk arwahyarhamah Cik Norlidah Othman anakda kepada ahli bersekutu KASIH Pn Raihan bt Abdullah, Kepada Pn. Hjh. Misnah bt Ibrahim ibunda ahli KASIH Pn. Roslinah Marmin dan allahyarham Dato' Badrul Hisham B. Abd Aziz suami kepada ahli KASIH Datin Hajah Noraini Hj. Ahmad. Penyampaian barang keperluan harian dan kewangan kepada 20 ibu tunggal telah disempurnakan oleh Prof. Datin Seri Dr. Asihah Salleh.