Friday, November 16, 2012

SENTUHAN KASIH SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI PARLIMEN KAPAR


6.11.2012 - Program Sentuhan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Parlimen Deepavali telah diadakan di Kuil Maha Mahamairaman, Kapar. Pada majlis ini kasih telah menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima  masyarakat india di sekitar parlimen Kapar. Semoga bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban sempena menyambut perayaan Deepavali.








Thursday, November 15, 2012

MELAWAT MANGSA BANJIR


8.11.2012 – Kasih Bersama Yang DiPertua Bakti, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah pergi melawat mangsa – mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil. Bakti telah menyampaikan barang keperluan dan RM10,000.00 kepada mangsa banjir. Selain menyampaikan sumbangan serta barang keperluan, YABhg Datin Paduka Seri turut meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir serta menikmati sarapan pagi bersama mangsa- mangsa banjir.