Wednesday, September 18, 2013

Mesyuarat Agung Khas dan Sambutan Hari Aidilfitri

Pada 08hb September 2013 yang lalu, KASIH telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi melantik Yang DiPertua KASIH yang baru dan memperkenalkan barisan ahli Jawatankuasa Tadbir KASIH bagi penggal 2013 /2015 kepada ahli- ahli KASIH. Pada majlis ini juga diadakan sambutan hari raya Aidilfitri. Ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dam ukhwah diantara sesama ahli KASIH.











Sunday, June 30, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan Kasih ke-5

Pada 22 Jun 2013 telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kasih ke-5 yang diadakan di Tingkat 7, Bangunan UMNO Negeri Selangor. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Naib Yang DiPertua Kasih, Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh.
Pada majlis ini juga turut diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Badan Amal dan KasihNegeri Selangor bagi pengal 2013/2015. Tahniah di ucapkan kepada barisan kepimpinan baru yang telah dipilih.
Ahli- ahli Kasih, menaruh harapan tinggi agar mereka terpilih dapat menjalankan amanah tersebut dengan seikhlas hati dan sebaik mungkin dalam usaha mereliasasi visi dan misi Kasih membantu golongan susah terutama di Negeri Selangor.










Monday, May 6, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH PARLIMEN HULU SELANGOR

06/04/2013 ~ Majlis sentuhan Kasih Parlimen Hulu Selangor telah diadakan di Pejabat Dun Hulu Bernam. Pengisian Majlis adalah Bacaan Yassin dan tahlil. Pada majlis tersebut juga diadakan penyampaian sumbangan kepada 80 orang dari golongan kurang bernasib baik dari sekitar Parlimen Hulu Selangor. Terima Kasih diucapkan kepada kepimpinan BN Hulu Selangor yang sudi hadir dan berkerjasama dengan KASIH Selangor dalam menjayakan majlis ini.
















Wednesday, April 3, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH BERSAMA WARGA PERKEP NEGERI SELANGOR


29/03/2013 - Majlis Sentuhan Kasih bersama Warga PERKEP Negeri Selangor. Bacaan yassin dan tahlil khas untuk perwira - perwira negara yang telah terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Bacaan yassin dan tahlil dipimpin oleh Ustazah Rosnah Yasir. KASIH menzahirkan rasa simpati yang mendalam dengan memberikan memberi sumbangan RM5, 000.00 kepada setiap waris iaitu Puan Rosinah Binti Dahlan Isteri Allahyarham ACP Ibrahim Bin Lebar, Tukiran bin Ahmad ayahnanda kepada Allahyarham Koperal Mohd Azrul bin Tukiran dan Puan Nurnisa bt Abu Bakar isteri kepada Allyarham Sarjan Sabaruddin Daud. Pemotongan pulut kuning sebagai simbul sambutan ulang tahun Polis Negara 2013 dan penghargaan kami kepada warga polis yang bertungkus lumus menjaga keamanan negara tanpa nokta. Jasa merakalah yang mengharmonikan dan mengamankan negara hingga kini. Terima kasih kami kepada warga PERKEP Selangor terutama kepada Datin Fazimah Datuk Ismail, Pengerusi PERKEP Negeri Selangor yang sudi hadir bersama rombongannya ke majlis tersebut.  









Monday, April 1, 2013

PENYAMPAIAN BANTUAN MANGSA BENCANA ALAM


19.3.2013 - Penyampaian sumbangan KASIH Selangor RM 10,000 telah disampaikan oleh Prof. Datin Seri Aishah Salleh kepada mangsa bencana alam penduduk Flat Prima Cempaka, Jalan Semenyih. Sebanyak 10 blok dari pada 14 block bumbungnya telah tercabut kerana ribut dan hujan lebat yang melanda di kawasan tersebut. Keadaan mangsa amat menyedihkan kerana banjir, dengan air bertakung di dalam rumah dan tidak ada tempat untuk berteduh. Semoga dengan sumbangan yang sedikit itu dapatlah meringankan bebanan mangsa ribut tersebut.






Sunday, March 31, 2013

PROGRAM KASIH SAYANG KAMU PARLIMEN KUALA SELANGOR


23.3.2013 - Program "KASIH Sayang Kamu" Parlimen Kuala Selangor telah diadakan di Balai Masyarakat, Bukit Samak, Sg. Buloh, Jeram, dirasmikan oleh Naib YDP. Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh. Program KASIH Sayang Kamu dibukakan tirainya dengan bacaan yassin dan doa untuk kesejasteraan dan kesatuan perpaduan rakyat Malaysia. Seramai 60 orang warga emas dan yang kurang berkemampuan menerima bantuan kewangan dan barangan dapur. KASIH juga telah menyumbangkan 3 buah kerusi roda bagi yang memerlukan. Terima kasih kami diatas kerjasama barisan kepimpinan UMNO Parlimen Kuala Selangor YB. Dato' Haji Amiruddin Setro bersama isteri Datin Noraini Hj Abd Hamid.









Tuesday, March 19, 2013

PROGRAM SENTUHAN KASIH PARLIMEN HULU LANGAT


16/3/2013 ~ Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Parlimen Hulu Langat bertempat di Masjid Penjara Kajang, Selangor. Penyampaian sumbangan berbentuk kewangan dan barang keperluan dapur kepada 60 orang warga emas dan miskin di kawasan Parlimen Hulu Langat. Ucapan terima kasih kami kepada YB Dato' Johan Abd Aziz bersama isteri Datin Norsiah bt Ismail dan juga Pn. Normala Mansor isteri YB Tuan Ismail Sani yang telah memberikan kerjasama menjayakan majlis tersebut.









Sunday, March 17, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH BERSAMA WARGA KEMAS PARLIMEN GOMBAK

14/3/2013 ~ Penyampaian sumbangan sentuhan KASIH bersama warga KEMAS di adakan di perkarangan Plaza UMNO Jalan Batu Caves, Gombak. Seramai 60 orang menerima bantuan kewangan dan barang keperluan dapur. Majlis ini dimeriakan lagi dengan kanak-kanak tadika KEMAS di sekitar Parlimen Gombak yang turut serta dalam pertandingan mewarna. Terima kasih kami kepada YBhg Tuan Haji Abdul Rahim Kamaruddin Pengerusi BN Bahagian Gombak bersama isteri kerana telah berkerjasama menjayakan majlis ini dengan meriah.