Thursday, February 28, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH PARLIMEN SABAK BERNAM


23/2/2013 - Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Parlimen Sabak Bernam telah diadakan bertempat di balairaya Parit 6 Timur, Sungai Besar. Seramai 40 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal dan kurang berkemampuan dari Dun Sungai Air Tawar dan Sabak menerima sumbangan dari Kasih yang telah disampaikan oleh Naib Yang DiPertua Kasih. Terima kasih kepada Datin Salina Berahim dan warga Sabak yang menjadi tuan rumah pada program ini. 











Wednesday, February 27, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH PARLIMEN TANJUNG KARANG


23.02.2013 - Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Parlimen Tanjung Karang telah diadaakan di Surau Ubudiah, Tanjung Karang. Pada majlis ini juga Kasih telah menyampaikan sumbangan kepada 40 orang penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemapuan di sekitar Parlimen Tanjung Karang.








Sunday, February 24, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI PARLIMEN SHAH ALAM


21.02.2013. Program ini telah diadakan di Dewan Bukit Bandaraya, Shah Alam dan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh, Naib Yang DiPertua Kasih. Seramai 120 orang penerima dari masyarakat orang asli Parlimen Shah Alam telah menerima sumbangan dari Kasih yang telah disampaikan oleh Naib Yang DiPertua Kasih iaitu YBhg. Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh. Terima kasih diucapkan kepada Barisan Nasional Parlimen Shah Alam dan Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya kerana telah sudi berkerjasama dengan Kasih dalam menganjurkan majlis ini. 

Friday, February 8, 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL ARWAH IBU MERTUA DATIN SURAMI


30/1/2013 ~Majlis Bacaan Yasin & Tahlil untuk di hadiahkan kepada Alyahammah Ibu Mertua Datin Surami (Bendahari Kehormat KASIH). Majlis diadakan di kediaman Datin Surami di Meru, Selangor. Pada majlis ini juga diadakan penyampaian sumbangan kepada 22 orang kurang berkemampuan dari kawasan Meru. Terima kasih kepada Ustazah Rosnah yang sudi hadir dan mengetuai majlis bacaan yassin dan tahlil tersebut.






Thursday, February 7, 2013

MAJLIS PERASMIAN PRODUK JUALAN DALAM KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

.3.2013. Majlis diadakan di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan putrajaya, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua Bakti. Karnival telah diadakan dari 8hb Mac hingga 9hb Mac 2013 di Dataran Putrajaya, Putrajaya ini turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan termasuk demontrasi dan aktiviti interaktif bersama pengunjung. 












Monday, February 4, 2013

SENTUHAN KASIH PARLIMEN KOTA RAJA


2/2/2013 ~ Program sentuhan Kasih: Sumbangan Tahun Baru Cina Parlimen Kota Raja. Majlis telah diadakan di Dewan SJKC Khe Beng, Batu 8, Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam. Pada majlis ini, KASIH telah memberi sumbangan kepada 100 penerima dari kaum Tionghua yang kurang berkemampuan dari sekitar kawasan Kotaraja. Ucapan ribuan terima kasih kepada Pengerusi MCA Kota Raja: YBhg Dato' Lim Kim Hwi, Pengerusi MCA Kotaraja dan ahli jawatankuasa: YBhg Tuan Haji Ir. Kamaruzzaman Johari, Pengerusi BN Kotaraja dan ahli jawatankuasa: Puan Suhaila M.zin, Ketua Puteri UMNO bahagian Kotaraja dan ahli jawatankuasa yang sudi hadir dan memberi sokongan kepada majlis ini.