Monday, November 17, 2014

PTIWRBNM PUTRAJAYA

Pada 5hb hingga 09hb November yang lalu berlansungnya Program Tahunan Isteri Wakil- Wakil Rakyat Barisan Nasional 2014 di Putrajaya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

KEPUTUSAN:

BADMINTON
1. Johan Badminton : BAKISA dari Negeri Sabah.
2. Naib Johan Badminton :BAKTI
3. Tempat ketiga : BAIDURI dari negeri Perak
4. Johan Badminton Classic : SABATI dari Negeri Sarawak
5. Naib Johan Badminton Classic : SRIKANDI dari Negeri Terengganu.

TENPIN BOLING
1. Tempat Pertama : BAKTI
2. Tempat Kedua : BAIDURI dari negeri Perak
3. TEMPAT KETIGA : KASIH DARI NEGERI SELANGOR.
4. Jatuhan pin tertinggi : Datin Saemah Hussain dari BAKTI

Tahniah kepada yang menang dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan. Sehingga berjumpa lagi di Negeri Perak Darul Ridzuan. Insyaallah. 
"MESRA MELALUI SUKAN"











Monday, September 1, 2014

Santai Merdeka

Pada 28hb Ogos yang lalu, Biro Sosial dan Kebudayaan Kasih telah menganjurkan Program Santai Merdeka bertempat di Kelab Shah Alam.
Program ini berjaya menghimpunkan 50 orang ahli Kasih. Ianya bertujuan untuk mengeratkan Silaturrahim sesama ahli Kasih. 
Tahniah kepada Datin Jariah Ngah kerana berjaya memenangi cabutan bertuah pada program tersebut.






Friday, July 18, 2014

Ihya Ramadhan 2014

12hb Julai 2014 ~ Program Ihya Ramadhan. Majlis diadakan di Dewan Tingkat 7, bangunan Umno Negeri Selangor. Pengisian Majlis : Tazkirah , solat dhuha, solat tasbih dan solat hajat. Dipimpin oleh Ustazah Yasis. 
Kehadiran dianggarkan seramai 50 orang.




Monday, June 16, 2014

Ziarah Kasih

Yang Dipertua Kasih Selangor, Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh, bersama- sama ahli Kasih Selangor pada 11hb Jun yang lalu meluangkan masa menghadiri majlis Tahlil di rumah Datin Hajah zainab, isteri kepada arwah mantan Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) tanjung Sepat, Datuk Haji Khailani.
 Selepas itu Kasih berkunjung ke rumah datin Paduka Fatimah Suhaimi untuk bertanya khabar.



Monday, May 12, 2014

Majlis Solat Hajat Perdana

Majlis Solat Hajat perdana telah diadakan pada 5hb Mei yang lalu di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Sri Perdana, Putrajaya.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung, Tunku Hajah Hamimah Hamidun, Isteri perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Prof. Datin Seri Dr. Aishah salleh dan pengerusi Biro Agama Kasih, Datin Norsiah Ismail serta Ahli- ahli Kasih turut mengerjakan solat hajat bersama jemaah lain.








Monday, April 14, 2014

Ramah Mesra Kasih.

Majlis ramah mesra KASIH  bertempat di Butik Trya Touch, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada 5 April lalu bertujuan untuk memperkenalkan ahli-ahli kasih yang  baru menganggotai Persatuan Kasih, yang secara tidak langsung dapat  mengeratkan silaturahim.
Yang Dipertua Kasih, Prof. Datin Seri Aishah dalam ucapannya pada majlis tersebut mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli kasih  yang baru dan menaruh harapan tinggi agar dapat bersama-sama bekerjasama, berganding bahu, idea dan sebagainya membantu Kasih Selangor.
Di majlis tersebut, ahli-ahli kasih turut berkongsi pengalaman dan menjalin kerjasama erat  dengan pertubuhan- pertubuhan Wanita di negeri Selangor antaranya PERKEP dan PERISMA. 

Sebelum bersurai ahli-ahli kasih mengabdikan foto sebagai tanda kenangan.












Wednesday, March 26, 2014

Program Khidmat Masyarakat PDK OKU Semai Bakti

Dalam usaha membantu setiap insane, golongan Orang Kurang Upaya(OKU) tidak pernah dilupakan.
Pada 21 Mac lalu bertempat di Sekolah Menengah  Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kajang, Selangor  telah diadakan program Pusat Pemulihan Komuniti yang antara objektifnya sebagai salah satu tanggungjawab social sebagai NGO untuk membantu masyarakat luar dengan memberi pemeriksaan dan khidmat nasihat perubatan secara percuma.  
Pelbagai aturcara diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan termasuk ubat-ubatan, pertandingan mewarna  untuk kanak-kanak, pertandingan hasil kraftangan produk pusat PDK pertandingan  menyanyi dan sebagai.
Isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah yang mewakili Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah merasmikan  program tersebut.
Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, YB. Datuk Seri Noh Omar, Yang DiPertua Kasih Selangor, Prof. Datin Seri Dr. Aishah Saleh,ahli-ahli Bakti, ahli-ahli Kasih  serta orang ramai.