Wednesday, March 26, 2014

Program Khidmat Masyarakat PDK OKU Semai Bakti

Dalam usaha membantu setiap insane, golongan Orang Kurang Upaya(OKU) tidak pernah dilupakan.
Pada 21 Mac lalu bertempat di Sekolah Menengah  Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kajang, Selangor  telah diadakan program Pusat Pemulihan Komuniti yang antara objektifnya sebagai salah satu tanggungjawab social sebagai NGO untuk membantu masyarakat luar dengan memberi pemeriksaan dan khidmat nasihat perubatan secara percuma.  
Pelbagai aturcara diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan termasuk ubat-ubatan, pertandingan mewarna  untuk kanak-kanak, pertandingan hasil kraftangan produk pusat PDK pertandingan  menyanyi dan sebagai.
Isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah yang mewakili Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah merasmikan  program tersebut.
Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, YB. Datuk Seri Noh Omar, Yang DiPertua Kasih Selangor, Prof. Datin Seri Dr. Aishah Saleh,ahli-ahli Bakti, ahli-ahli Kasih  serta orang ramai.











No comments:

Post a Comment