Sunday, February 13, 2011

Program Sentuhan Kasih 1 Malaysia & Sambutan Tahun Baru Cina Di Parlimen Klang

Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina tahun ini telah diadakan di Parlimen Klang pada 13hb Februari 2011 di Perkarangan Pejabat Penyelaras Parlimen BN Klang, Pandamaran. KASIH telah menyampaiankan sumbangan berupa barangan keperluan harian, beras dan ang pow kepada masyarakat cina sekitar Klang. KASIH jugan turut memberi bantuan kerusi roda sebanyak 12 buah kerusi roda kepada golongan yang memerlukan dari pelbagai bangsa. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Teh Kim Poh, Penyelaras DUN Pelabuhan Klang serta para pemimpin di kawasan tersebut.