Thursday, July 28, 2011

PROGRAM SENTUHAN KASIH 1MALAYSIA: PARLIMEN SUBANG

KASIH dengan kerjasama UMNO bahagian Subang telah menganjurkan Program Sentuhan KASIH 1Malaysia bertempat di Rumah Anak - Anak Yatim Kasih Harmoni, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh. Program ini dirasmikan oleh YBhg Prof Datin Seri Dr Aishah Salleh selaku Naib YDP KASIH. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua UMNO bahagian Subang iaitu YB. Dato  Ir Muhammad Bushro Mat Johor. Pada majlis ini diadakan penyampaian sumbangan kepada anak- anak yatim , ibu tunggal dan orang kelainan upaya.KASIH juga turut mendermakan 4 buah kerusi roda kepada orang kelainan upaya bagi parlimen Subang. Dalam pada itu KASIH juga turut melawat dan menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada Puan Endon dan En Khalid yang uzur.





Friday, July 15, 2011

Program Sukan Tahunan Isteri- Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia 2011

Program pada tahun ini telah berlangsung di Kuala Terengganu dimana SERIKANDI bertindak selaku tuan rumah pada tahun ini. Program ini telah berlangsung dari 5hb Julai 2011 sehingga 10hb Julai 2011. KASIH menghantar seramai 40 orang ahli untuk menyertai program ini. KASIH berjaya meraih Naib Johan Bowling dan Naib Johan Badminton Classic Plate.



Tahniah kepada pemain bowling yang terdiri daripada Datin Norliah Nazir, Datin Jariah Ngah, Puan Sri Hendon Md Yusof, Puan Raunah Ab Jalil, Datin Rosiati Marjan, Pn Roslina Marmin, Puan Normala Mansor dan Datin Zizah Ngah.



Pemain badminton pula terdiri daripada Datin Nor Ayahati Md. Yussof, Datin Mariam Bahari, Datin Noraini Abd Hamid, Datin Salina Ibrahim, Pn. Thilaga a/p Kaliaperumal, Datin Fuziah Ismail, Datin Norzalena Abd Zaman, Datin Kasma Aini Abd Rahman, Datin Rohana Kidam, Datin Noraziah Samsuri, Datin Siti Hanijah Rohani dan Toh Puan Jamiah Lebam.