Thursday, July 28, 2011

PROGRAM SENTUHAN KASIH 1MALAYSIA: PARLIMEN SUBANG

KASIH dengan kerjasama UMNO bahagian Subang telah menganjurkan Program Sentuhan KASIH 1Malaysia bertempat di Rumah Anak - Anak Yatim Kasih Harmoni, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh. Program ini dirasmikan oleh YBhg Prof Datin Seri Dr Aishah Salleh selaku Naib YDP KASIH. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua UMNO bahagian Subang iaitu YB. Dato  Ir Muhammad Bushro Mat Johor. Pada majlis ini diadakan penyampaian sumbangan kepada anak- anak yatim , ibu tunggal dan orang kelainan upaya.KASIH juga turut mendermakan 4 buah kerusi roda kepada orang kelainan upaya bagi parlimen Subang. Dalam pada itu KASIH juga turut melawat dan menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada Puan Endon dan En Khalid yang uzur.





No comments: