Wednesday, December 19, 2012

PROGRAM SENTUHAN KASIH

17/12/2012 (SELASA) - Program Sentuhan Kasih Bersama YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ,Yang DiPertua KASIH. Majlis ini telah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Antara program yang di anjurkan pada majlis ini adalah bacaan surah Yasin, tahlil serta penyampaian sumbangan kepada 42 orang anak yatim di kawasan Parlimen Shah Alam.













Saturday, December 1, 2012

KEMBARA JALINAN KASIH SEHATI SEJIWA

26.11.2012 - Kembara Jalinan KASIH Sehati Sejiwa di Felda Residence Hotspring, Sungkai, Perak. Pelbagai acara pertandingan seperti cukur belun, berlari berdua pecah belum di punggung, pass kek dalam kolam, cari harta karun dalam kolam, makan biskut terbanyak. Walaupun cuaca hujan acara mandi air panas dan rebus telor serta kenduri durian kampung memeriahkan lagi suasana. Terima kasih kepada yang menyumbangkan makanan, tenaga, idea dan kesabaran sepanjang program ini berjalan.








Friday, November 16, 2012

SENTUHAN KASIH SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI PARLIMEN KAPAR


6.11.2012 - Program Sentuhan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Parlimen Deepavali telah diadakan di Kuil Maha Mahamairaman, Kapar. Pada majlis ini kasih telah menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima  masyarakat india di sekitar parlimen Kapar. Semoga bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban sempena menyambut perayaan Deepavali.








Thursday, November 15, 2012

MELAWAT MANGSA BANJIR


8.11.2012 – Kasih Bersama Yang DiPertua Bakti, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah pergi melawat mangsa – mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil. Bakti telah menyampaikan barang keperluan dan RM10,000.00 kepada mangsa banjir. Selain menyampaikan sumbangan serta barang keperluan, YABhg Datin Paduka Seri turut meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir serta menikmati sarapan pagi bersama mangsa- mangsa banjir.






Friday, October 26, 2012

SEMINAR PERDANA BAKTI


19 - 20.10.2012 - Seminar Perdana BAKTI 2012, Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Kampung Janda Baik, Pahang. Seminar ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Seminar ini anjuran BAKTI yang melibatkan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional, PUSPANITA, BAKAT dan PERKEP. Pengisian seminar ini telah banyak memberi ilmu dan pendedahan isu-isu yang harus ditangani, dasa-dasar kerajaan dan produck-produk 1 Malaysia. Pendedahan Keterampilan mengucapan awam dibentangkan oeh YBhg. Prof. Dr. Muati @ Zamri b. Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi UPM, Penyampai maklumat-maklumat perpecahan Melayu dan cabararan-cabarannya disampaikan oleh YB DatukZulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dan YB. Sen. Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Dewan Negara. Dasar-Dasar Kerajaan, Produk Baru Gagasan 1Malaysia di kupas oleh YB Datuk Hj. Ahmad Bi Hj. Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan motivasi Wiranita dihujahkan oleh Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Pendakwa & Pengacara Semanis Kurma. Kursus juga telah menerapkan jalinan silaturahim diantara semua Isteri Wakil-wakil Rakyat 1 Malaysia dan semoga keaakrapan itu menyumbang kesatuan hati seterusnya memperkasakan Gagasan 1Malaysia.







Friday, August 17, 2012

MAAL KACAU DODOL KASIH

11.8.2012 - Ihya Ramadhan Al Mubarak - Maal Kacau Dodol KASIH bersama Dendang Anak telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Noh Omar bersama isteri Prof. Datin Seri Dr. Asihah Salleh di perkarangan rumah no. 28. Lorong Mahkota Impian 2/12, Puncak Alam, Selangor. Program ini serikan dengan dendangan lagu-lagu patriotik melayu disamping mengacau dodol sebanyak 3 kawah. KASIH telah memberi sumbangan RM 50.00 kepada 150 warga Dendang Anak, sementara kaum ibu mendapat sepasang kain baju kurung dan kaum bapanya pula sehelai kain pelikat untuk menyerikan hari lebaran yang akan tiba tidak lama lagi. Terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang sudi hadir iaitu Dato' Ahmad Nawawi Bin M.Zin, Dato' Jaei bin Ismail untuk sama-sama menceriakan program tersebut.








KASIH RAMADHAN 2012

 9.8.2012 - Program KASIH Ramadhan di Dewan Dato' Seri Dr. Haji Abu Hassan, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor dirasmikan olih Y.Bhg. Prof Datin Seri Dr. Asihah Salleh. Majlis ini dihadiri oleh OKU dari 4 PDK iaitu PDK Seri Cahaya, PDK Saujana, PDK Tanjong Karang dan PDK Kuala Selangor yang menerima baju dan duit raya serta barangan berupa makanan. KASIH juga tidak lupa memberi sumbangan RM 100.00 dan barang keperluan harian dapur kepada 280 orang kurang berkemampuan dari 56 kawasan DUN Negeri Selangor. Terima kasih kepada Datin Noraini bt Hj Abd Hamid yang sudi menjadi tuan rumah bersama suami YB. Dato' Hj. Amiruddin Setro Ketua Bahagian Kuala Selangor. Tidak lupa juga terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang turut serta menyerikan dan menyokong program tersebut.