Friday, October 26, 2012

SEMINAR PERDANA BAKTI


19 - 20.10.2012 - Seminar Perdana BAKTI 2012, Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Kampung Janda Baik, Pahang. Seminar ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Seminar ini anjuran BAKTI yang melibatkan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional, PUSPANITA, BAKAT dan PERKEP. Pengisian seminar ini telah banyak memberi ilmu dan pendedahan isu-isu yang harus ditangani, dasa-dasar kerajaan dan produck-produk 1 Malaysia. Pendedahan Keterampilan mengucapan awam dibentangkan oeh YBhg. Prof. Dr. Muati @ Zamri b. Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi UPM, Penyampai maklumat-maklumat perpecahan Melayu dan cabararan-cabarannya disampaikan oleh YB DatukZulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dan YB. Sen. Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Dewan Negara. Dasar-Dasar Kerajaan, Produk Baru Gagasan 1Malaysia di kupas oleh YB Datuk Hj. Ahmad Bi Hj. Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan motivasi Wiranita dihujahkan oleh Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Pendakwa & Pengacara Semanis Kurma. Kursus juga telah menerapkan jalinan silaturahim diantara semua Isteri Wakil-wakil Rakyat 1 Malaysia dan semoga keaakrapan itu menyumbang kesatuan hati seterusnya memperkasakan Gagasan 1Malaysia.







No comments:

Post a Comment