16.7.2012
- Program Sentuhan Kasih Dendang Anak bersama Persatuan Kebudayaan dan Muzik
Melayu Nusantara di adakan di Institut Budaya Baru Malaysia (IBBM) di Kemensah,
Hulu Klang. YB Datuk Seri Noh bin Omar iaitu Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani telah menutup program ini yang berlangsung selama 2 hari yang
melibatkan sukarelawan Mahasiswa (SUKMA) dari UiTM dan Universit Putra Malaysia
bersama warga penagih dadah yang telah kembali ke pangkal jalan. Penerapan
nilai budaya melayu, mengembalikan jati diri, tuntutan amanah sebagai seorang
muslim dan patriotisme melalui 400 buah lagu-lagu yang dicipta oleh Dendang
Anak. KASIH telah menberi sumbangan 2 mesin tebu, 2 mesin jahit dan 2 mesin
membuat kuih muih untuk meningkatkan taraf pendapatan mereka. Seramai 600 orang
hadir untuk menjayakan program ini dan telah mempamirkan keakraban kekeluargaan
disulami dengan adab sopan melayu, kebudayaan melayu, keikhlasan, ketaatan,
penghormatan pada yang tua dan memuliakan tetamu. Terima kasih kepada Persatuan
Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara yang bertungkus lumus menjayakan program
ini dengan berkesan dan berjaya memahatkan jati diri melayu yang sebenar.