Monday, July 23, 2012

SENTUHAN KASIH DENDANG ANAK


16.7.2012 - Program Sentuhan Kasih Dendang Anak bersama Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara di adakan di Institut Budaya Baru Malaysia (IBBM) di Kemensah, Hulu Klang. YB Datuk Seri Noh bin Omar iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menutup program ini yang berlangsung selama 2 hari yang melibatkan sukarelawan Mahasiswa (SUKMA) dari UiTM dan Universit Putra Malaysia bersama warga penagih dadah yang telah kembali ke pangkal jalan. Penerapan nilai budaya melayu, mengembalikan jati diri, tuntutan amanah sebagai seorang muslim dan patriotisme melalui 400 buah lagu-lagu yang dicipta oleh Dendang Anak. KASIH telah menberi sumbangan 2 mesin tebu, 2 mesin jahit dan 2 mesin membuat kuih muih untuk meningkatkan taraf pendapatan mereka. Seramai 600 orang hadir untuk menjayakan program ini dan telah mempamirkan keakraban kekeluargaan disulami dengan adab sopan melayu, kebudayaan melayu, keikhlasan, ketaatan, penghormatan pada yang tua dan memuliakan tetamu. Terima kasih kepada Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara yang bertungkus lumus menjayakan program ini dengan berkesan dan berjaya memahatkan jati diri melayu yang sebenar.










No comments:

Post a Comment