Thursday, March 1, 2012

PROGRAM SEMAI KASIH – PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA SELURUH PDK NEGERI SELANGOR


Program ini telah diadakan pada 27hb Februari 2012 yang lalu. Majlis ini telah diadakan bertempat di PDK Mutiara Hatiku, Shah Alam.  YBhg. Prof. Datin Seri Dr. Aishah Bt Salleh selaku Naib Yang DiPertua KASIH telah sudi hadir bagi merasmikan program tersebut seterusnya menyampaikan sumbangan kepada seluruh Pdk Negeri Selangor. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Jabatan Kebajikan Negeri Selangor iaitu Y.Bhg Tuan Nik Omar Bin Nik Abd. Rahman dan Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Shah Alam, Y.Bhg Dato’ Ahmad Nawawi Mohd Zin dan isteri, Datin Pon Ishak (Setiausaha Kehormat KASIH dan Wakil KASIH di Parlimen Shah Alam). 





No comments:

Post a Comment