Sunday, March 31, 2013

PROGRAM KASIH SAYANG KAMU PARLIMEN KUALA SELANGOR


23.3.2013 - Program "KASIH Sayang Kamu" Parlimen Kuala Selangor telah diadakan di Balai Masyarakat, Bukit Samak, Sg. Buloh, Jeram, dirasmikan oleh Naib YDP. Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh. Program KASIH Sayang Kamu dibukakan tirainya dengan bacaan yassin dan doa untuk kesejasteraan dan kesatuan perpaduan rakyat Malaysia. Seramai 60 orang warga emas dan yang kurang berkemampuan menerima bantuan kewangan dan barangan dapur. KASIH juga telah menyumbangkan 3 buah kerusi roda bagi yang memerlukan. Terima kasih kami diatas kerjasama barisan kepimpinan UMNO Parlimen Kuala Selangor YB. Dato' Haji Amiruddin Setro bersama isteri Datin Noraini Hj Abd Hamid.









Tuesday, March 19, 2013

PROGRAM SENTUHAN KASIH PARLIMEN HULU LANGAT


16/3/2013 ~ Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Parlimen Hulu Langat bertempat di Masjid Penjara Kajang, Selangor. Penyampaian sumbangan berbentuk kewangan dan barang keperluan dapur kepada 60 orang warga emas dan miskin di kawasan Parlimen Hulu Langat. Ucapan terima kasih kami kepada YB Dato' Johan Abd Aziz bersama isteri Datin Norsiah bt Ismail dan juga Pn. Normala Mansor isteri YB Tuan Ismail Sani yang telah memberikan kerjasama menjayakan majlis tersebut.









Sunday, March 17, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH BERSAMA WARGA KEMAS PARLIMEN GOMBAK

14/3/2013 ~ Penyampaian sumbangan sentuhan KASIH bersama warga KEMAS di adakan di perkarangan Plaza UMNO Jalan Batu Caves, Gombak. Seramai 60 orang menerima bantuan kewangan dan barang keperluan dapur. Majlis ini dimeriakan lagi dengan kanak-kanak tadika KEMAS di sekitar Parlimen Gombak yang turut serta dalam pertandingan mewarna. Terima kasih kami kepada YBhg Tuan Haji Abdul Rahim Kamaruddin Pengerusi BN Bahagian Gombak bersama isteri kerana telah berkerjasama menjayakan majlis ini dengan meriah.









Friday, March 15, 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL BAKTI


11/3/2013 ~ Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil untuk wira- wira negara yang telah terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Majlis diadakan di Dewan Protokal, Seri Perdana, Putrajaya. Pada majlis tersebut, BAKTI telah menyumbangkan RM20, 000.00 kepada setiap keluarga wira- wira negara yang telah terkorban di dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.







Thursday, March 14, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH PARLIMEN SELAYANG


12.3.2013 - Majlis Santai KASIH bersama Wanita Parlimen Selayang sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia di adakan di Pejabat Adun Kuang, Selangor. Bacaan Yassin dipimpin oleh Pn Noriah Samsudin dan ustazah Nor Hitayah Tahir . KASIH telah menyumbangkan bantuan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada 60 orang warga emas dan orang yang kurang berkemampuan. Acara anugerah tokoh wanita Parlimen Selayang dan pemotongan kek adalah lambang simbolik penghormatan kepada wanita serta setangkai bunga ros menandakan kasih sentiasa semarah di setiap dada wanita yang berkorban untuk bangsa dan negara. Terima kasih kami kepada YB Tuan Abdul Shukur Hj Idus bersama isteri Yang Mulia Raja Norashikin Raja Tauran yang memberikan kerjasama menjayakan majlis ini dengan meriah sekali.






Wednesday, March 13, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH PARLIMEN KUALA LANGAT


9.3.2013. Program Sentuhan KASIH Parlimen Kuala Langat "Masih Ada Yang Sayang" Seramai 60 balu dari pelbagai kaum menerima sumbangan barangan dapur dan kewangan yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh di Kelab Golf Morib, Banting. Terima kasih kami kepada YBhg Dato' Hj Sulaiman Mohd Karli bersama isteri Datin Poziah Ariffin serta barisan kepimpinan Parlimen Kuala Langat yang telah memberikan kerjasama yang baik sehingga program tersebut berjalan dengan lancar dan meriah.







Sunday, March 10, 2013

PELANCARAN TUISYEN INTERAKTIF 1MALAYSIA


7.3.2013. Pelancaran Tuisyen Interaktif 1Malaysia telah diadakan di Sek. Men. Keb. Sungai Pusu, Gombak dan disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua Bakti. Program ini difokuskan pada murid- murid tahun enama terutamanya di sekolah –sekolah luar Bandar. Semua sekolah yang dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri dengan mengambil aspek utama iaitu sekolah yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan prestasi akademik termasuk sekolah jenis kebangsaan dan sekolah orang asli. 







Monday, March 4, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH BERSAMA WANITA PARLIMEN PJS DAN PJU


02/03/2013~ Majlis Sentuhan Kasih Bersama Wanita Parlimen Petaling Jaya Utara dan selatan Telah diadakan di SSTwo Mall, Petaling Jaya bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. Pada Majlis tersebut, Kasih telah menyampaikan sumbangan kepada 80 penerima sumbangan yang terdiri daripada pelbagai kaum di sekitar parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dari Kumpulan Beautiful Gate. Terima Kasih kepada Kepimpinan Barisan Nasional Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan yang sudi berkerjasama dengan KASIH dalam menganjurkan majlis yang sebegitu meriah.