Thursday, March 14, 2013

MAJLIS SENTUHAN KASIH PARLIMEN SELAYANG


12.3.2013 - Majlis Santai KASIH bersama Wanita Parlimen Selayang sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia di adakan di Pejabat Adun Kuang, Selangor. Bacaan Yassin dipimpin oleh Pn Noriah Samsudin dan ustazah Nor Hitayah Tahir . KASIH telah menyumbangkan bantuan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada 60 orang warga emas dan orang yang kurang berkemampuan. Acara anugerah tokoh wanita Parlimen Selayang dan pemotongan kek adalah lambang simbolik penghormatan kepada wanita serta setangkai bunga ros menandakan kasih sentiasa semarah di setiap dada wanita yang berkorban untuk bangsa dan negara. Terima kasih kami kepada YB Tuan Abdul Shukur Hj Idus bersama isteri Yang Mulia Raja Norashikin Raja Tauran yang memberikan kerjasama menjayakan majlis ini dengan meriah sekali.






No comments:

Post a Comment