Dalam usaha membantu setiap insane, golongan Orang Kurang Upaya(OKU) tidak pernah dilupakan.
Pada 21 Mac lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kajang,
Selangor telah diadakan program Pusat
Pemulihan Komuniti yang antara objektifnya sebagai salah satu tanggungjawab
social sebagai NGO untuk membantu masyarakat luar dengan memberi pemeriksaan
dan khidmat nasihat perubatan secara percuma.
Pelbagai aturcara diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan
termasuk ubat-ubatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan hasil
kraftangan produk pusat PDK pertandingan
menyanyi dan sebagai.
Isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri
Khamarzan Ahmad Meah yang mewakili Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor telah merasmikan program
tersebut.
Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, YB. Datuk Seri
Noh Omar, Yang DiPertua Kasih Selangor, Prof. Datin Seri Dr. Aishah
Saleh,ahli-ahli Bakti, ahli-ahli Kasih
serta orang ramai.