Thursday, February 20, 2014

Majlis Makan Tenghari Sempena Tahun Baru Cina.

Bertempat di Kelab Klang Eksekutif, pada 14 Febuari lalu, telah diadakan sambutan makan tenghari sempena Tahun Baru Cina.
Majlis anjuran Ahli Jawatankuasa Biro Sosial dan Kebudayaan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Kasih Selangor. Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh, Pengerusi Biro, Datin Yip Sow Yen dan ahli jawatankuasa serta ahli-ahli Kasih  seramai 30 orang.
Prof.Datin Seri  Dr. Aishah dalam ucapannya melahirkan  
terima kasih kepada ahli-ahli yang dapat meluangkan masa untuk hadir  pada majlis ini kerana  selain dari  menikmati hidangan enak yang disediakan, secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin.
Turut diadakan acara memotong kek serta ahli-ahli Kasih turut menerima cenderamata, majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Prof.Datin Seri Dr. Aishah  sebelum bersurai.




Kursus Peningkatan Ilmu dan Keterampilan diri Bakti 2014.

Sebagai isteri wakil rakyat, keterampilan diri serta berilmu pengetahuan perlu dalam usaha membantu suami sewaktu turun padang berjumpa rakyat.
Atas dasar tersebut, Badan Amal Kebajikan isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) pada 10 hingga  14 Febuari lalu, telah mengambil insiatif menganjurkan program tersebut yang telah dihadiri  oleh 81 peserta dari seluruh negara.
Program selama empat hari yang diadakan di Institut Pentadbiran Negara(INTAN) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah  dirasmikan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Noorainee Abdul Rahman.
Manakala majlis penutup telah disempurnakan isteri Perdana Menteri,Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Beliau dalam ucapannya menyarankan bahawa isteri wakil rakyat seharusnya peka dengan perkembangan dan perubahan masa kini yang lebih dinamik.
Tambahnya lagi dalam mendengar denyut nadi rakyat, isteri pemimpin negara seharusnya sentiasa berusaha memastikan program yang dirancang bersesuaian dengan keperluan semasa dan tidak static.
Beliau juga menekankan bahawa isteri pemimpin akan sentiasa mendapat tumpuan dari masyarakat sekeliling.
Oleh yang demikian imej ketrampilan diri yang positif dan bertatatertib dalam pergaulan adalah penting untuk meraih keyakinan dari rakyat dan dapat membantu suami dalam menjalankan tanggunjawab mereka. 






Monday, February 3, 2014

PTIWRBNM JOHOR 2013

Pada 22 hingga 26 Januari yang lalu berlangsungnya Program Tahunan Isteri Wakil- Wakil Rakyat Barisan Nasional di Negeri Johor Bahru, yang penuh kemeriahan. program tahunan tersebut teah dirasmikan memteri besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin.
Beliau dalam ucapannnya, berharap semua peserta dari seluruh negara yang berkumpul di Johor secara tidak langsung akan mengeratkan silaturrahim  dan bertukar idea dalam usaha membantu tugas suami sebagai wakil rakyat yang berkhidmat untuk rakyat.
Tambahnya,  bagi peserta sukan badminton dan bloing, beliau menaruh harapan agar peserta yang mengambil bahagian bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan hadiah kepada juara bertahan pertandingan badminton kepada Bakisa (Sabah), naib juara Bakti dan ketiga Biduanita (Perak). Bagi pertandingan Boling, juara bertahan Biduanita (Perak), Naib juara Bakisa (sabah) dan tempat ketiga Kasih ( Selangor).