Thursday, February 20, 2014

Kursus Peningkatan Ilmu dan Keterampilan diri Bakti 2014.

Sebagai isteri wakil rakyat, keterampilan diri serta berilmu pengetahuan perlu dalam usaha membantu suami sewaktu turun padang berjumpa rakyat.
Atas dasar tersebut, Badan Amal Kebajikan isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) pada 10 hingga  14 Febuari lalu, telah mengambil insiatif menganjurkan program tersebut yang telah dihadiri  oleh 81 peserta dari seluruh negara.
Program selama empat hari yang diadakan di Institut Pentadbiran Negara(INTAN) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah  dirasmikan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Noorainee Abdul Rahman.
Manakala majlis penutup telah disempurnakan isteri Perdana Menteri,Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Beliau dalam ucapannya menyarankan bahawa isteri wakil rakyat seharusnya peka dengan perkembangan dan perubahan masa kini yang lebih dinamik.
Tambahnya lagi dalam mendengar denyut nadi rakyat, isteri pemimpin negara seharusnya sentiasa berusaha memastikan program yang dirancang bersesuaian dengan keperluan semasa dan tidak static.
Beliau juga menekankan bahawa isteri pemimpin akan sentiasa mendapat tumpuan dari masyarakat sekeliling.
Oleh yang demikian imej ketrampilan diri yang positif dan bertatatertib dalam pergaulan adalah penting untuk meraih keyakinan dari rakyat dan dapat membantu suami dalam menjalankan tanggunjawab mereka. 






No comments:

Post a Comment